Tuesday, 19 April 2011

seindah kata secantik bahasa..

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



" USAH  DITURUTI  REAKSI  EMOSI, LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "  


" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.   Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. 
  Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.   Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,   itu adalah mulia dan terpuji."   (La Roche)


" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan. ( Harieta Wahab)


" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang" (Saidina Ali)


" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau  membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"


" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

No comments:

Post a Comment