Tuesday, 19 April 2011

cerita tentang Aiman...part 1

Semua pelajar baru sahaja selesai menunaikan solat isya’ berjemaah di masjid sekolah. Masing-masing mula bersiap dan bergerak untuk ke kelas masing-masing untuk aktiviti seterusnya iaitu mengulangkaji pelajaran di dalam kelas. Aiman dengan langkah yang agak keberatan mula melangkah turun dari masjid. Tetapi malam ini langkahnya agak keberatan bagaikan ada yang sangat mengganggn fikiran dan hatinya. Walaubagaimanapun, dia terus juga melangkah kerana itu adalah rutin hariannya di asrama sejak dari dulu lg. Setiap hari dia akan melakukan perkara yang sama. Belajar semasa waktu persekolahan, balik makan tengahari di dewan makan asrama,bersiap untuk prep petang, minum petang,makan malam, ke masjid untuk solat maghrib dan isya’,sambung kelas prep untuk malam dan seterusnya balik ke dorm asrama dan tidur. Begitulah rutih hariannya di asrama ini sejak dia mula tinggal di asrama iaitu ketika di tingkatan dua.
                Minggu tersebut adalah minggu peperiksaan. Jadi ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk belajar dan tidak membuang masa bergerak ke kelas masing-masing. Aiman yang berjalan dengan agak malas sesekali terpksa memberikan laluan kepada pelajar lain yang kelihatan sangat mengejar masa. Esok adalah ujian bahasa melayu. Walaupun aiman kelihatan tidak seceria sebagaimana biasa untuk mengulangkaji, tetapi dalam hatinya tetap ada perasaan risau dengan ujian yang akan dihadapi..Oleh itu, dia menggagahkan juga kakinya melangkah ke kelas dengan harapan moodnya akan datang kembali.Namun pada masa yang masa apa yang memberatkan kepalanya terus bermain di fikirannya. Sesekali timbul perasan sedih dan juga kadangkala marah. Sepanjang perjalanan tersebut, dia hanya bermasam muka dan memaksa dirinya untuk senyum bila ada yang menyapanya.
                Setelah melangkah masuk ke kelas, hatinya agak lega apabila mendapati tidak ramai pelajar yang berada di dalam kelas. Cuma ada beberapa orang pelajar perempuan yang sedang asyik mengulangkaji dan juga dua orang pelajar lelaki yang sedang mengambil bahan-bahan bacaan dan bersiap untuk turun ke tempat lain. Perasaannya agak terganggu melihat dua orang pelajar lelaki ini.dia terfikir adakah mereka yang menyebabkan perasaannnya menjadi kacau pada malam itu.Namun dia cuba menafikan perkara tersebut dan cuba untuk berfikiran positif. Setelah dua pelajar itu keluar, aiman mula mengulangkaji pelajarannya.banyak yang perlu diulangkaji bagi subjek bahasa melayu dengan karangannya, dengan novelnya,cerpennya dan lain-lain. Antara perkara-perkara ini karangan adalah yang paling tidak diminatinya. Sebaliknya aiman sangat meminati bahagian cerpen dan juga novel. Suasana yang aman dan sunyi dalam kelas sangat membantu aiman untuk melupakan seketika apa mengganggu fikirannya. Aiman dapat memberikan fokus kepada pelajarannya  dan dia ketika itu sangat tidak suka sekiranya diganggu dan Dia juga berharap ketenangan itu akan berterusan.
                Namun ketika mengulangkaji, tiba-tiba masuk dua orang budak lelaki yang bernama haikal dan alif. Aiman pada mulanya tidak mahu mengambil tahu tentang kedatangan mereka ke dalam kelasnya itu. Tetapi keadaan mereka yang masuk secara kasar dan tergopoh-gapah menarik perhatiannya. Namun mereka berdua sedang terburu-buru untuk mendapatkan buku-buku sebelum kembali ketempat mereka mengulangkaji. Tiba-tiba haikal meluru kearahnya dan menghentam mejanya menyebabkan Aiman tersentap. Tanpa sempat bertanya haikal mengasaknya dengan nada suara yang sangat keras.” Woi aiman!apa sebenarnya yang kau tak puas hati dengan aku ni???macam-macam aku dengar kau mengata aku kat belakang!” tengkingan haikal yang sangat keras benar-benar menyebabkan aiman tersentap dan terkejut. Alif hanya sekadar berdiri disebelah haikal tanpa berkata apa-apa. “kenapa dengan kau ni haikal?tiba-tiba datang nak marah-marah aku ni?apa yang telah aku buat?”aiman bertanya dengan nada terkejut.”ehh aiman, kau tak payah la nak berlakon lagi depan aku.aku tau la kat belakang aku macam-macam kau kutuk aku!sekarang ni aku memang tak puas hati sangat dengan kau ni!”haikal terus mendesaknya dengan suara yang makin meninggi. Aiman cuba untuk mengawal dirinya dari melawan dan dia juga sempat memerhatikan keadaan sekeliling dalam kelasnya. Semua pelajar perempuan yang ada dalam kelas tersebut ternyata sangat terganggu dan hanya memerhatikan apa yang berlaku dengan senyap.

No comments:

Post a Comment